Di kota keringat ini
aku terokai ilmu industri
penuh cinta nan abadi
kaki dan tangan menjadi saksi
mencari peluang untuk berbakti.

Berganti waktu mengikut jam
walau bekerja mengundang kelam
memeluk niat yang mendalam
dengan angin cita menikam
sabar di atas tugas beragam.

Sentuhan dengan harapan
guna bakat dari karya Tuhan
menyiram bebenih akar kemajuan
melaksana senjata keberanian
sampai pulang ke rumah senyuman.

gabriel-kimjuan

Nukilan;
GABRIEL KIMJUAN
Taman Mutiara, Labuan, Malaysia, 28 November 2018.

ULASAN.
[12:24 AM, 11/28/2018] Roslie Sidik: Sajak tulisan ‘Kotakan bakti niat cita’ meluahkan aspirasi seorang anak muda yang dahagakan ilmu dan komited dalan mempersiapkan dirinya demi berbakti dan menyumbang kepada negaranya. Kesungguhan watak ‘aku’ untuk memanfaatkan ‘bakat ‘yang telah dianugerahkan kepadanya demi membangunkan ‘kemajuan’ sangat terkesan dalam stanza terakhir. Pembaca akan tersentuh dengan keikhlasan watak ‘aku’ menyimpan cita-cita untuk membangunkan negaranya. Dalam kesederhanaan, sajak ini mampu mengugah dan membakar semangat pembacanya.