Sebutir bintang
melontar renung
dengan senyum mata
aneh menerjah aku terasa
nun jauh dia
aku jua tumpu singgahnya.

Berkelip di dada malam
duhai bintang, hanya sebutir
dan duhai aku, hanya seorang
menatap cara dia mengasihi
seperti terdengar berbisik
seperti berjumpa kenalan lama
renung dan berpandangan
sebutir bintang itu
berzikir dan berzikir
di malam Ramadan yang
kudakap mesra
semoga
bertuah aku musim ini
diajak oleh
kerelip sinarnya
yang berkata
satu sama satu kepadaku.

Dan kusahut zikirnya
kusahut
di suci langit Ramadan.

Oleh:

hasimah-harun-3

Hasimah Harun
Kuala Lumpur, 2018.
(Rumput & Angin, ms: 66)