Bukanlah apa sangat yang aku tanam
hanyalah beberapa batang ubi kayu.

Bukanlah apa sangat yang aku semai
hanyalah beberapa biji benih sayuran.

Bukanlah apa sangat yang aku siram
hanyalah beberapa bungaan dan selasih di laman.

Bukanlah apa sangat yang aku buat junjung
hanyalah beberapa lingkar pokok sireh disokong.

Tiba-tiba habis terbongkah disondol babi hutan!

ahkarim,
as-syajarah, 010119