GAKSA ialah Gabungan Komunitas Sastera ASEAN, sebuah gerakan sastera yang dibentuk oleh 10 buah persatuan sastera dari lima negara ASEAN. Sekretariatnya ialah Persatuan Aktivis E-sastera Malaysia (E-SASTERA).

GAKSA telah membeli sebuah rumah di Banten, Indonesia untuk dijadikan pusat gerakan dan aktiviti sastera Melayu serantau. Harganya ialah sekitar RM100,000. Objektif utama pembelian rumah itu adalah untuk dijadikan pusat aktiviti penyatuan rakyat negara-negara ASEAN dan membangunkan generasi muda ASEAN melalui kegiatan bersama antara negara, terutamanya kegiatan sastera Melayu.

KENAPA Banten? Gerakan sastera di Banten pada amnya terfokus kepada gerakan sastera Islamik yang berpusat di pesantren-pesantren.

APA YANG BOLEH ANDA BANTU? GAKSA perlukan sumbangan RM40,000 untuk membayar baki kos pembelian rumah itu. Anda boleh menyumbang minimum RM20 seperti yang berikut:

Alhamdulillah.  Atas sumbangan kita semua, GAKSA Enterprise berjaya membayar 60% kos beli RSA di Banten, Indonesia. Kita perlukan dalam RM40,000 sahaja lagi.

Dengan ini, GAKSA ingin menjual baki 2,860 kaki persegi tanah tapak RSA yang belum dibeli dengan harga istimewa HANYA RM20 sahaja bagi satu kaki persegi. Untuk sdr beli dan wakafkan kepada Gaksa.

Insya-Allah, dapat pahala berterusan kerana RSA digunakan dengan aktifnya untuk memupuk kerjasama rakyat antara negara-negar ASEAN dan menjulang keagungan sastera Melayu pada peringkat ASEAN.

Sila mesej saya jika berminat.

-Dr. Irwan Abu Bakar (Ketua Koordinator GAKSA) WhatsApp +60192680086.

MACAM MANA NAK SUMBANG? Wang sumbangan dapat dimasukkan terus ke akaun ini:
Bank: CIMB.
Nama: Persatuan Aktivis E-sastera Malaysia (E-SASTERA)
Nombor akaun: 86000-7371-5.

rsa-rumah-halaman

SENARAI NAMA PENDERMA

🔴Nama penderma ada disenaraikan di grup Facebook “Gaksa – Rumah Sastra ASEAN”. Untuk melihatnya sila klik  ➡DI SINI.

🔴Senarai nama para penderma juga ada disiarkan di portal ini ➡Sila Klik DI SINI.