IBNU DIN ASSINGKIRI ialah nama pena penulis Sanusi bin Din. Beliau dilahirkan
di Singkir Laut, Yan, Kedah pada 4 Mei 1970. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Singkir, Kedah dan pendidikan menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Merbok, Kedah. Beliau kemudian menyambung pendidikan di Kolej Vokasional Lorong Batu Lanchang, Pulau Pinang dalam bidang otomotif dan Institut Pengurusan Malaysia dalam bidang Pengurusan Penyeliaan. Beliau adalah graduan Sarjana Muda Pengajian Inggeris dengan Kepujian di UNITEM (OUM). Kini beliau melanjutkan pendidikan Pasca Ijazah Pendidikan di Universiti Terbuka Wawasan (WOU). Beliau berkhidmat sebagai Penolong Eksekutif Kanan Latihan dan Perkembangan Sumber Manusia di syarikat Boon Siew Honda Sdn. Bhd. di Bahagian Keselamatan Trafik dan Penunggangan Selamat.

Beliau merupakan ahli Angkatan Sasterawan Nasional Kedah (ASASI). Beliau
cenderung menulis puisi, cerpen, apresiasi serta kritikan karya sastera. Beliau menulis secara serius semenjak tahun 2010 dan telah menghasilkan dua naskah kumpulan puisi serta dua naskah kumpulan cerpen. Karya eceran dan makalah beliau telah terbit di Majalah Dewan Sastera, Akhbar Mingguan Malaysia, Akhbar Berita Harian, Akhbar Amanah, Majalah Pendidik, Akhbar Utusan Borneo, dan Akhbar Sinar Harian. Selain menulis di tanah air tercinta, beliau ikut bergabung dengan penulis se-Nusantara dan telah membukukan 16 antologi bersama. Beliau iaalah editor kepada sebuah kumpulan puisi perseorangan penulis tempatan. Beliau pernah menerima beberapa Anugerah HESCOM (Hadiah eSastera.com):
Pemadah Prolifik (2011), Pemuisi Teraktif Puisi Tradisional (2011), Anugerah Pengkarya
Prolifik (2013), Tanka Melayu Alam Siber (2014), Soneta Melayu Alam Siber (2014),
Cerpenis Alam Siber – Tempat Ke 2 (2014).

Kumpulan puisinya Hingga Ke Negeri Abadi (eSastera Enterprise, 2012), Jejak-Jejak
Di Pantai (ITBM, 2015). Kumpulan cerpennya Fragmen Senja (ITBM, 2014). Kumpulan
Cerita Mini: Segmen Mimpi (UUM Press, 2016). Antologi puisi bersamanya Senyawa Kata
Kita (Wahana Jaya Abadi, 2012), Jejak Sajak: Sehimpun Puisi Generasi Terkini (Bengkel
Puisi Swadaya Mandiri, 2012), Ana – Antologi Puisi eSastera Mengenang Brirasa (eSastera
Enterprise, 2012), E-LOKA: Antologi Penyair eSastera (eSastera Enterprise, 2012), Lentera
Sastra (9 Mutiara Publishing, 2013), Januari Catur Tunggal Tanpa Pandang (9 Mutiara
Publishing, 2014), E-LOKA II: Antologi Penyair eSastera (eSastera Enterprise, 2014),
Segugus Pasrah Buatmu MH370 (Yayasan Buku Negara, 2014), MH370 Masih Hilang:
Antologi Puisi Telegram (eSastera Enterprise, 2014), Kumpulan Esei Bunga Rampai
Apresiasi Puisi (9 Mutiara Publishing, 2014). Sirah Rasulullah Dalam Puisi Siber (eSastera
Enterprise, 2015), Slurp: Antologi Puisi Mi Segera (Penulis Alam Maya, 2015), Antologi
Puisi Memahat Mentari (ITBM, 2016), dan Bagaikan Sebuah Perkahwinan (Angkatan
Sasterawan Nasional Kedah, 2016). Antologi Puisi Gema Nabalu (DBP 2018). Kumpulan
Esei Spektrum Pemikiran Karyawan Kedah (Angkatan Sasterawan Nasional Kedah, 2018).

Karya eceran. Majalah Dewan Sastera: Puisi “Musim Gugur” (Bil. 6/2014). Majalah
Dewan Sastera: Cerpen “Puisi Merdeka” (Bil 8/2014). Akhbar Berita Harian: Soneta #7 (Sep 2014). Majalah Dewan Sastera: Puisi “Permata Lancung” (Bil. 12/2014). Majalah Dewan Sastera: Puisi “Selamat Pulang Duhai Kekasih” (Bil 6/2015). Akhbar Mingguan Malaysia: Cerpen “Puncak Ingatan” (Februari 2017), Akhbar Amanah: Cerpen “Duga Wasangka” (Mac 2017). Majalah Pendidik: Cerpen “Rumah Kecil Berbilik Satu” (Mac 2017). Akhbar Mingguan Malaysia: Cerpen Menunggu Azan Pertama (April 2017). Akhbar Mingguan Malaysia: Puisi “Bisikan Ramadan” (Jun 2017). Akhbar Utusan Borneo: Cerpen “Che Tom Janda Ai Rong” (September 2017). Majalah Dewan Sastera: Makalah Bicara Karya Kumpulan Cerpen Tiada Rahsia Lagi (Bil 1/ 2018). Akhbar Utusan Malaysia: Puisi
“Barangkali Semuanya” (Januari 2018). Akhbar Mingguan Malaysia: Puisi “Ceding”
(Februari 2018). Majalah Dewan Sastera: Puisi “Musim Gugur II” (Bil 4/2018). Akhbar
Mingguan Malaysia: Puisi “Secawan Nira Perpaduan” (April 2018). Akhbar Sinar Harian:
Puisi “Sesubur Ingatan” (Jun 2018). Majalah Dewan Sastera: Makalah Kritikan Puisi (Bil 8, 2018). Majalah Dewan Sastera: Fokus – Nilai Budi dalam Pantun (Bil 10, 2018). Majalah
Dewan Sastera: Puisi: Pesan Buat Anak-anak II (Bil 1, 2019).

Beliau ialah Editor Kumpulan Puisi Kembara Mencari Pelangi karya Salleh Kausari
(Kausar Kreatif, 2015). Beliau juga menyumbang sebagai penasihat pakar suntingan modul Pendidikan Keselamatan Jalan raya (PKJR) dalam sisipan Bahasa Melayu bagi sekolah-sekolah Malaysia (Pra Sekolah, Sekolah Rendah dan Menengah Rendah) di bawah Malaysian Institute of Road Safety Research (MIROS), Jabatan Keselamatan Jalan raya (JKJR), Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pengangkutan. Beliau juga ialah mentor penulisan puisi bagi persatuan penulis Angkatan Sasterawan Nasional Kedah (ASASI).

kumpulan sajak-ibnu din assingkiri-hingga ke negeri abadi-front cover

Ibnu Din Assingkiri. Hingga Ke Negeri Abadi. Kuala Lumpur: eSastera Enterprise, 2012.