IRWAN ABU BAKAR (Dr. Ir. Wan Abu Bakar bin Wan Abas, FASc)

No. 96, Jalan 7/71B, Pinggir Taman Tun Dr. Ismail, 60000 Kuala Lumpur.
HP: 019-2680086

A: BIODATA

Irwan Abu Bakar (atau Dr. Ir. Wan Abu Bakar bin Wan Abas) dilahirkan pada tahun 1951 di Segamat, Johor.  Beliau bersekolah rendah dan menengah di Segamat serta mengikuti kursus Tingkatan 6 untuk empat bulan di English College, Johor Bahru, Johor. Kemudiannya beliau telah berpindah untuk mengikuti kursus diploma dalam biidang Kejuruteraan Mekanik di Maktab Teknik, Kuala Lumpur (kini UTM).  Selepas itu, beliau telah melanjutkan pelajaran di University of Strathclyde, Glasgow, United Kingdom untuk mengikuti kursus Bachelor of Science (Mechanical Engineering) dan PhD (Bioengineering). Isterinya ialah Hasimah Harun dari Pasir Mas, Kelantan. Mereka dikurniakan tujuh orang cahaya mata, lima lelaki dan dua perempuan. Kini mempunyai tiga orang cucu.

Irwan merupakan profesor di Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Malaya sehingga Januari 2018. Kini beliau telah bersara sebagai profesor dan dilantik sebagai Research Associate di Jabatan yang sama.

Irwan pernah menerajui Fakulti Kejuruteraan, Universiti Malaya (FKUM) sebagai Dekan sebanyak tiga kali untuk tempoh 10 tahun. Beliau juga telah menerajui penubuhan program ijazah sarjana muda Kejuruteraan Bioperubatan (BBEng) dan kemudiannya pembentukan Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan di FKUM. Beliau telah dilantik sebagai Ketua Jabatan yang pertama bagi Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan FKUM itu. Melalui proses yang berkenaan, Irwan menjadi pengasas pendidikan kejuruteraan Bioperubatan di Malaysia. Selepas itu, beliau telah terlibat sama dalam pembentukan program sarjana muda Kejuruteraan Bioperubatan (Prostetik dan Ortotik), ringkasnya BBEng (P&O), di Jabatan yang sama. Di samping itu, beliau juga telah menerajui pembentukan Fakulti Alam Bina, Universiti Malaya dari empat program alam bina yang mulanya beroperasi di bawah Fakulti Kejuruteraan. Beliau juga telah terlibat dalam pengkomersialan hasil penyelidikan di makmal prostetik dan ortotik dengan bersama-sama membangunkan syarikat terbitan Universiti Malaya, BioApps Sdn Bhd yang mengendalikan perniagaan pembekalan dan perkhidmatan prostesis (anggota badan buatan) dan ortosis (alat sokongan anggota badan). Di luar tugas rasminya, beliau memimpin persatuan-persatuan profesional kejuruteraan pada peringkat nasional, iaitu Persatuan Kejuruteraan Perubatan dan Biologi (MSMBE) sehingga 2015 serta Persatuan Prostetik & Ortotik Malaysia (PPOM) sehingga sekarang.

Irwan mempromosi konsep “whole-brain thinking” sebagai jurutera yang terlibat secara aktif dalam bidang sastera. Beliau telah menerbitkan pelbagai karya sastera dan pernah memenangi beberapa anugerah sastera tempatan. Di samping itu, beliau diiktiraf di Malaysia sebagai pengasas kegiatan sastera siber (atau e-sastera) Melayu. Portal sasteranya dilanggani penulis dari pelbagai negara, terutamanya Indonesia.

Irwan mula menerbitkan puisi di media cetak pada tahun 1995 (”Diasfora Alam Bahasaku”, Pelita Bahasa, Februari 1995). Sehingga kini, Irwan telah menerbitkan dua buah kumpulan sajak di Malaysia, iaitu Semelar (Kuala Lumpur: kAPAS Publication, Jun 2003) dan Kuntom Ungu (Kuala Lumpur: Esastera Enterprise, 2012). Juga beliau telah menerbitkan kumpulan puisi di Indonesia, iaitu Grafiti Hati(2016) dan sebuah buku kumpulan “puisi berserta ulasan”, iaitu Peneroka Malam(2014).

Beliau juga terlibat secara aktif dengan deklamasi puisi, terutamanya di Malaysia dan Indonesia.

Irwan mula menerbitkan cerpen pada tahun 2002 (”$yy…”, Berita Minggu, 25 Mei 2003). Pada tahun 2016, beliau menerbitkan kumpulan cerpen Rewang Minda yang mengandungi 18 buah cerpen tulisannya. Cerpen-cerpen itu kebanyakannya telah tersiar terlebih dahulu di laman-laman web tertentu.

Novel pertama tulisan Irwan berjudul Cinta Berbalas Di Meja 17 (Kuala Lumpur: Esastera Enterprise, 2008). Edisi-edisi terkemudian novel itu diberi judul Meja 17(Kuala Lumpur: Esastera Enterprise, 2012, 2015, dan 2016). Edisi Indonesia novel ini telah diterbtikan di Jakarta pada tahun 2014, juga dengan judul Meja 17. Pada tahun 2018, Irwan menerbitkan novel keduanya. Novel itu berjudul 30 Februari dan telah diterbitkan di Indonesia (Mei, 2018).

Kini beliau meneruskan penerbitan e-majalah sastera (majalah sastera dalam Internet), eSastera.com (www.e-sastera.com) yang bermula pada tahun 2002 tetapi dengan format baru. Majalah itu kini mempunyai cawangan di Facebook.com dalam bentuk grup-grup facebook yang dibentuk di bawah akaun facebook E-Sastera Malaysia. E-majalah itu dinamai E-Sastera@Facebook dan dibentuk oleh grup ”E-Sastera@Facebook Induk” sebagai grup kawalan dan pelbagai grup karya berasaskan genre. Antaranya ialah grup E-Sastera Sajak, E-Sastera Cerpen, E-Sastera Novel, E-Sastera Kritikan, E-Sastera Berita (Pemberitahuan dan Laporan), dan E-Sastera Forum. Butir-butir tentang e-majalah E-Sastera@Facebook diberikan dalam buku berjudul Panduan Pengguna E-Sastera@Facebook (Esastera Enterprise, 2015). Mulai 2019, kehadiran di Facebook itu diganti oleh grup “E-sastera @ Facebook Karya” yang memanfaatkan pengunaan hashtag # untuk memisahkan genre karya yang disiarkan.

Sebelum itu, Irwan menerbitkan e-majalah eSastera.Karya (di URL eSasteraKarya.com atau eSasteraKarya.WordPress.com) untuk mempromosikan format sastera elektronik yang melebihi apa yang mampu dihidangkan di Facebook. E-majalah ini juga dikongsi ke Facebook untuk menarik pelanggan yang banyak di situ.

Muali 2019, e-majalahnya ditambah oleh portal e-Sastera.Vaganza ASEAN di URL SasteraVaganza.net yang mempromosi karya oleh Gabungan Komunitas Sastra ASEAN (GAKSA).

Portal unik yang pernah diterbitkannya tetapi telah ditutup pada masa ini ialah tivi-Sastera (www.eSastera.tv).

Irwan juga telah menubuhkan GLP (Grup Lagu Puisi eSastera) yang kini bernaung di bawah syarikat eSastera Records (Pengurus: Dinie Wan). GLP telah menerbitkan dua buah album penuh lagu-lagu puisi, iaitu Perada Cinta (2014) dan Dot Dot Dot(2016).

Mulai 2012, eSastera telah menerokai bidang ”sastera Twitter” dengan nama @tSastera (namanya di laman Facebook ialah Twit Sastera).

Dalam gerakan penulis, Irwan ialah Presiden, Persatuan Aktivis E-Sastera Malaysia (E-SASTERA) sejak didaftarkan pada tahun 2010. Irwan juga pernah menyandang jawatan Timbalan Presiden, Persatuan Sasterawan Numera (Nusantara Melayu Raya), Malaysia dan juga pernah menjadi Bendahari, Jawatankuasa Protem, Persatuan Sasterawan Paksi Rakyat (PAKSI).

Anugerah sastera yang pernah dimenangi Irwan ialah Tokoh Patria Numera (2017), Hadiah Sastera Darul Takzim (Puisi Eceren, 2007-2008), dan (c) Anugerah Sastera Perdana Malaysia (Cerpen Eceren, 2004-2005),

Irwan ialah Fellow, Academy of Sciences, Malaysia (FASc). Beliau juga pernah menjadi Editor Bersekutu bagi majalah Dewan Sastera terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, Malaysia.

Pada tahun 2016, Irwan telah menubuhkan gerakan sastera pada peringkat ASEAN yang dinamai Gabungan Komunitas Sastra ASEAN (GAKSA). GAKSA menerbitkan portal e-karya yang dinamai Sastera.Vaganza ASEAN yang kemudiannya ditukar nama kepada e-Sastera Vaganza ASEAN di URL ini: (www.SasteraVaganza.net).  Karya di portal ini dikongsi ke Facebook dalam grup “GAKSA e-Sastera.Vaganza ASEAN”.

Bertarikh: 20.01.2019.

buku-meja17-edisi3-cover

B: ANUGERAH SASTERA

Anugerah Tokoh Patria Numera 2017.
Hadiah Sastera Perdana Malaysia. (Cerpen Eceran).
Hadiah Sastera Johor Darul Takzim. (Puisi Eceran).
Editor’s Choice Award. For Outstanding Achievement in Poetry. Presented by: Poetry.com and the International Library of Poetry. September 2003.

C: TULISAN TENTANG IRWAN DI MEDIA

Mingguan Malaysia. 14.01.2018. “Unsur keterkejutan, kepelikan dan antiplot boleh menyebabkan pembaca ‘mati mengejut'”. Tulisan S. Amir. On. (Disiar sekali lagi pada 11.03.2018 dengan judul “Unsur keterkejutan, antiplot mengejutkan pembaca”).
Dewan Sastera. Disember 2015. Ruangan Bicara Karya. “Novel Antiplot Meja 17“. Tulisan Lim Swee Tin.
Sinar Harian. 22.11.2015. “Pupuk Minat Di Alam Maya: Prof Dr Ir Wan Abu Bakar”.
Suara Keaadilan. 1-12.06.2006.”Irwan Abu Bakar. Jurutera Sastera Alam Siber”.
Akhbar Mahasiswa. Januari 2006. “Penulis baru, lama kuasai HesCom 2005”.
Dewan Sastera. November 2004. Wawancara. “Sastera Siber Menenggelamkan Sastera Konvensional?”
Wawancara. Oktober 2004. Gurau Senda Dalam Antologi ‘Semelar’. Tulisan Zainal Baharum.
Dewan Sastera. November 2004. Hati Tertancap dengan “Sesal Orang Melaka”. Tulisan Zurinah Hassan.
Dewan Sastera. November 2004. E-Novel di Malaysia.
Dewan Sastera. November 2004. Karyawan Bulan Ini.
Akhbar Mahasiswa. Bil. 17. Ogos 2004. “Profesor Wan Abu Bakar, Jurutera Berjiwa Seni”.
Metro Ahad. 25.05.2003. “Irwan Terap Sains Dalam Karya”. Tulisan Al-Abror Mohd Yusuf.
Dewan Sastera. Mei 2003. “Penglibatan Golongan Profesional Pelbagai Disiplin Ilmu”. (Sebahagian artikel adalah tentang Irwan Abu Bakar).
Berita Minggu. 09.02.2003. “Berkarya Dalam Internet”. Wawancara Penulis oleh Zainal Baharum.
Dewan Sastera. Ruangan “Persada Puisi”. Julai 1999. (Biodata bersama lima buah puisi: Cinta Pagi Minggu; Budaya Lubang; Sejarah Orang Melayu; Aku Datang; Komentar).

D: SENARAI KARYA IRWAN YANG TELAH DITERBITKAN DI BUKU DAN MEDIA CETAK

NOVEL:
Meja 17. (Tajuk edisi pertamanya ialah Cinta Berbalas Di Meja 17).
30 Februari.

KUMPULAN CERPEN:
Rewang Minda.

KUMPULAN PUISI:
Semelar.
Kuntom Ungu.
Peneroka Malam.
Grafiti Hati.

BUKU SASTERA NONKREATIF:
E-sastera: Teori & Aplikasi.
Berkarya Di Alam Siber. Bersama Hasimah Harun. 2008.
Kursus Kepenyairan E-Sastera. Bersama Hasimah Harun. 2003.

BUKU NONSASTERA:
Kamus Kebalikan Dewan.
Kejuruteraan Mekanik – Statik.
Kejuruteraan Mekanik – Dinamik.

NOVEL BERSAMA:
Hostel: Debaran Kedua.
Hostel: Memento Cinta.

ANTOLOGI CERPEN:
1.

ANTOLOGI PUISI:

MH 370 Masih Hilang. Antologi puisi Telegram. eSastera Enterprise (2014).
E-Loka II. (2014).
Menyirat Cinta Haqiqi. Kemala. 2 puisi (2012).
Sensasiber. Antologi puisi siber. 5 puisi. (2012)
E-Loka. (2011).
Musibah Gempa Padang. (2009).
The Colors of Life. The International Library of Poetry. (2003). Poem: “When I Pluck the Rose”.
APAS – Anugerah Penyair Alam Siber. (2003).
SAJEN – Antologi Sajak Jenaka. (2003).
The Voyage of Darkness. The International Library of Poetry. (2003). Poem: “Left Foot”.
Dari Derita Bangsa. (2001).
Sumpah Setia Bahasa. Gapena (1999).
Tanah Serendah Sekebun Bunga. DBP(1998).
Misi. (1996).
Tunas Jiwa. DBP (2005).

ANTOLOGI MULTIGENRE:

Abu Bakar Hamid. Jabatan Pengajian Melayu Universiti Malaya (2002).

BUKU YANG DISELENGGARA

Sekoia. Antologi puisi. eSastera Enterprise (2017). Kasmaran. Antologi puisi. Gaksa Enterprise (2018).
Hom Pim Pah. Antologi puisi. eSastera Enterprise (2017).
Sirah Rasulullah dalam Puisi Siber. Bersama Puzi Hadi. eSastera Enterprise (2015).
MH 370 Masih Hilang. Antologi puisi Telegram. eSastera Enterprise (2014).
Bulan Suram Di Langit Kashmir. eSastera Enterprise (2013).
Cerita Gelisah. Antologi cerpen tiga penulis eSastera.
Hostel: Debaran Kedua. Novel bersama.
Hostel: Memento Cinta. Novel bersama.

KARYA ECERAN:

Majalah – Karya Nonkreatif

“Pena Gerson Poyk Terhenti di Grafiti Hati“. Ruangan Tabir Hayat. Dewan Sastera. Bil 5 2017.
“Sayembara Deklamasi Puisi E-Sastera Malaysia Melahirkan 10 Deklamator Terbaik Banten”. Dewan Sastera. Bil. 3 2017.

Melonjakkan Lagu Puisi Malaysia di Jogjakarta. Dewan Sastera. November 2016.
“Seminar Internasional Sastra Indonesia-Malaysia 2014”. Dewan Sastera. Ogos 2015.
“Apabila Jurutera Menjadi Doktor”. Dewan Masyarakat. Ogos 2015.
“E-Sastera: Program Titian Sastera ke Yogyakarta”. Dewan Sastera. Bil. 10 2014.
“T. Alias Talib dan Karya Siber”. Dewan Sastera. November 2004.
“Masa Hadapan Sastera Anda dalam E-sastera”. Dewan Sastera. November 2004.

Majalah – Cerpen

Penyapu Baru Yang Rosak, Sastera.Net. Edisi 8.
Adat, Sastera.Net. Edisi 5.
Tuan Presiden, Sastera.Net. Edisi 3.
Penulis Profesional, Sastera.Net. Edisi 1.
“Tiru Macam Dia”. Dewan Sastera. April 2005.
“Padam”. Dewan Sastera. November 2004.

Majalah – Puisi

“Kenangan Semalam Bersama Tuan”. Dewan Sastera, Ogos 2011.
“Tidak Mahu Kuwariskan Derita Darah Ini,” katanya. Dewan Sastera, Mac 2011.
Kasih Yang Kutelan. Dewan Sastera. Mac 2008.
Ruangan “Puisi Pilihan” (10 buah puisi: Kursus; Suara Kubis; Sandaran Sumpahnya; Cemburu; Selamat Menyambut Hari Perang; Laluan Kemaafan II; Pelarian; Jangan Mencaci Angin; Tembung Maut; Sayonara). Dewan Sastera. November 2004.
Menolak Rezeki. Dewan Sastera. April 2003.
Fasa Terbang. Dewan Sastera. November 2002.
Lima Orang Melayu Yang Dilupai. Dewan Sastera. Mei 2001.
Aku Dan Salju Di Kuala Lumpur. Dewan Sastera. Jan 2001.
Rahsia Di Cermin. Dewan Sastera. April 2000.
Kaki-kaki. Tamadun. Nov. 1999.
Pak Pandai. Dewan Budaya. Oktober 1999.
Laungan Pak Pandir. Dewan Sastera. Mei 1999.
Untuk Isteriku yang ke Sekolah. Dewan Sastera. Mac 1999.
Melayukah Engkau, Jose? Dewan Budaya, Sept. 1998.
Meracik Air. Dewan Sastera. Mei 1998.
Rindu Sunyi. Dewan Sastera. Jan 1998.
Mat Jeni. Dewan Budaya. Disember 1997.
Sesal Orang Melaka. Dewan Sastera. Okt 1997.
Rumah Bahasaku. Pelita Bahasa. Mei 1997.
Disforia Alam Bahasaku. Pelita Bahasa. Feb 1995. (Karya pertama di media massa).

Akhbar – Nonkreatif

25 Penyair siber ‘makan puisi’. Berita Harian. 11.06.2003.
“Otai” Novel Melayu Dakam Internet. Pentas Dunia. 23.02.2003-02.03.2003.
Penyair Siber Lancar E-Sastera. Berita Minggu. 29.12.2002.
Penulisan Menerusi Alam Siber Tidak Wajar Diabaikan. Berita Minggu. 22.12.2002.
Menjana Sasterawan Di Warung Siber. Berita Harian. 24.09.2002.
Ahli Sains Mampu Jadi Penyair. Utusan Malaysia. 30.11.1996.

Akhbar – Cerpen

Espionaj. Siasah. 14-21.10.2007.
Pedang Kayu. Berita Minggu. 25.01.2004.
Syy…. Berita Minggu. 25.05.2003.

Akhbar – Puisi

Sudah Dua Minggu. Utusan Malaysia. 28.01.2017.
Api Lilin Rumah Kayu. Siasah. 9-15.09.2007.
Busuk dan Wangi. Sastera @ Pustakamaya. http://www.pustakamaya.net 07.02.2004.
Air Mata Lelaki. Mingguan Malaysia. 18.01.2004.
Kusunting Mawar. Harakah. Sajak Pilihan. 1-15.06.2003.
Profesionalisme. Pentas Dunia. Bil 125. 22-29.09.2002.
Sejarah Orang Melayu. Berita Minggu. 06.01.2002.
Marah Lelaki. Berita Minggu. 19.08.2001.
Sesal Bendahara Melaka. Berita Minggu. 08.07.2001.
Lelaki Dengan Tembikai Masak. Berita Minggu. 24.12.2000.
Tarung. Berita Minggu. 06.02.2000.
Keindahan Puisi. Berita Minggu. 21.02.1999.
Mainan Nafsu. Mingguan Malaysia. 17.01.1999.
Senjata Seorang Presiden. Mingguan Malaysia. 10.11.1008.
Raja. Berita Minggu. 16.08.1998 dan 27.06.1999.
Dusun Merdeka. Mingguan Malaysia. 16.08.1998.
Suara Rindu Seorang Ayah Yang Berharap. Berita Minggu. 26.07.1998.
Gawat Sang Haruan. Mingguan Malaysia. 29.03.1998.
Kaki Kiri. Mingguan Malaysia. 22.03.1998.
Suara Kasih Si Anak Kecil Yang Terdera. Mingguan Malaysia. 22.02.1998.
Sale Di Bahagian Pakaian Wanita. Berita Minggu. 14.12.1997.
Nasib Suatu Idea Yang Baik. Berita Minggu. 26.10.1997.
Resah Penyair Baru. Mingguan Malaysia. 26.10.1997.
Ke Pangkal Jalan. Mingguan Malaysia. 13.07.1997.
Untuk Kau Yang Indah. Berita Minggu. 18.05.1997 dan 22.06.1997.
Tenggang. Mingguan Malaysia. 16.03.1997.
Mangsa. Berita Minggu. 17.11.1996.

Risalah

Sajak Melayu Di Internet Diterjemah Ke Bahasa Rusia. Commuity Zero: Semelar. 19.12.2003.
Pelaksanaan Bahasa Malaysia Dalam Bidang Kejuruteraan Di Universiti Malaya. Artikel. Budiman. 1/15 Jun 1987.
Sikap Orang Melaka. Sajak. Berita Kejuruteraan., Universiti Malaya. Ogos 1998.
Sembang Siber. Sajak. Berita Kejuruteraan., Universiti Malaya. September 1998.

E: IRWAN SEBAGAI PENYELENGGARA BUKU

E-Loka. Bersama Puzi Hadi. Esastera Enterprise (2012).
E-Loka II. Bersama Puzi Hadi. Esastera Enterprise (2014)

F: KARYA DALAM MAJALAH SASTERA.NET

ArtikelDari Blog Ke Slog: Selepas Sastera Siber, Sastera SMS?118
ArtikelMemblog Di eSasterawan.com130
ArtikelLet’s Pantun: Portal Pantun di poesysite.com215
ArtikelLagu Puis: Kemaruk Terkini Di eSastera.com220
ArtikelTVsastera: projek terbaru dari eSastera.com225
ArtikelE-Sastera: Bukan Sekadar Sebuah Wadah718
BeritaPengasas eSastera di forum PENA420
BeritaAhli eSastera di Maskara III421
BeritaDUNIAkini: Komuniti terbaru yang bertindak sebagai saluran berita eSastera.com421
BeritaIrwan Abu Bakar Bentang Kegiatan eSastera di Sidang Mastera 2007422
BeritaForum Sastera Siber: Virus dan Sampah Alam?548
BeritaPenubuhan eSastera Wilayah624
BeritaeSastera Sokong Program Tabung DBP Untuk GAZA626
BeritaeSastera Di Malam Ekspresi Palestin UPM627
BeritaRetreat eSastera di Kota Bharu628
BeritaMajlis Buka Puaa eSastera.com 1429H629
BeritaeSastera Ke Jakarta Sertai Sastra Reboan629
BeritaSeminar Wajah Kepengarangan Muslimah Nusantara630
BeritaPPSMI Mansuh Mulai 2011725
BeritaAnwar Ridhwan Sasterawan Negara Ke-10725
BeritaPelantikan Baru729
BeritaIbu Dr. Irwan Meninggal Dunia729
BeritaIrwan Abu Bakar Berita Diskusi Novel Cinta Berbalas Di Meja 17 7 30730
BeritaSajak Irwan Dan Hasimah Dalam Buku Puisi Bahasa Rusia730
BeritaeSastera.com Sertai Kolokium Sastera Dan Media Baru731
BeritaPertemuan Penyair Nusantara 2009828
BeritaTakziah: Bonda Hasimah Kembali Ke Rahmatullah829
BeritaBaca Puisi Musibah Gempa Padang830
BeritaeSastera Buat Majlis Ibadat Qurban Aidil Adha 1428 H833
BeritaeSastera Ambil Alih Anbakri Publika928
BeritaForum PPS: Permasalahan Sastera Masa Kini928
BeritaHSPM 2006/2007: Nimoiz T.Y Penerima HSPM Paling Muda929
BeritaPengasas eSastera.com Ketuai E-Sastera1024
BeritaeSastera Di Malam Puisi PENA1025
BeritaPROKSI 2010 Lahirkan 20 Penulis Siber1026
BeritaDelegasi eSastera.com Sertai PPN4 Di Brunei1028
BeritaTemu eSastera Anjung Utara1032
BeritaeSastera Enterprise Tubuh Tabung Kebajikan1037
BeritaNimoiz T.Y, Roslan Jomel, Dan Arbak Othman Menang HSPM ke-19, 2008-20091037
CerpenPenulis Profesional134
CerpenTuan Presiden354
CerpenAdat528
CerpenPenyapu Baru Yang Rosak840
Dr.irwan2u (E-mel Pengasas)eSastera.com Sasar 500,000 Orang Ahli323
Dr.irwan2u (E-mel Pengasas)Tanpa Judul444
dr.irwan2uAkses Dan Alumni545
dr.irwan2uE-Sastera 2009647
dr.irwan2uMenjana Pendapatan Untuk Keberterusan747
dr.irwan2uProksi Dan Sahabat eSastera849
dr.irwan2uQua Ut eSastera?931
dr.irwan2ueSastera Di Bulan Disember1030
FokusHadiah eSastera.com 2006 (Praacara) DBP Dekati Karyawan Siber Dan SMS Melalui Kerjasama Dengan eSastera.com27
FokusHadiah eSastera.com 2006 (Praacara) Senarai Finalis HesCom 200629
FokusHadiah eSastera.com 2006 (Praacara) Siapa Pemenang Hadiah Wang RM10 Ribu?211
Fokus 4/1HesCom 07 (Praacara) Finalis HesCom 0747
Fokus 4/2Blog, Blogger & Sastera Siber: Apa Kata Blogger (Irwan Abu Bakar; Jebatsari; Kalamutiara; Rimanilzah; Ummu Hani; King Binjai)417
Fokus 5/1Akses 2008 (Pascaacara)Keputusan Sayembara57
Fokus 5/1Akses 2008 (Pascaacara)Jawatankuasa Penaja Kelab Alumni Akses57
FokusHesCom 2008 (Praacara)Laporan Hakim: Hadiah E-Sastera.com 200168
FokusHesCom 2008 (Praacara)Anugerah-anugerah HesCom 2008612
Fokus 7/3Seminar Wajah Kepengarangan Muslimah Nusantara710
Fokus 8/1HesCom 2009 (Praacara) Finalis HesCom 200987
Fokus 8/1HesCom 2009 (Praacara)Siapa Sasterawan Alam Siber II?88
Fokus 8/1HesCom 2009 (Praacara) Calon Sasterawan Alam Siber II89
FokusHesCom 2009 (Pascaacara)Nimoiz T.Y, Kalamutiara Dinobat SAS 297
FokusHesCom 2009 (Pascaacara)Hescom 2009: Laporan Hakim98
FokusHesCom 2009 (Pascaacara)Keputusan HesCom 2009912
FokusHescom Ke-8 (Praacara)Anugerah Tokoh Sasterawan Siber Selangor107
FokusHescom Ke-8 (Praacara) Finalis HesCom Edisi Ke-8108
PengumumanSidang Serantau Sastera Siber 200614
Sajak/SajenSMS Buat Presiden Amerika637

G. E-MAJALAH

eSastera.Karya (URL eSasteraKarya.com atau eSasteraKarya.WordPress.com).
E-Sastera.com (URL e-Sastera.com atau eSasteradotcom.Wordpress.com).
e-Sastera.Vaganza ASEAN (URL SasteraVaganza.net atau SasteraVaganza.com atau SasteraVaganza.WordPress.com).

TAMAT.