JaBiT Abdul Aziz merupakan nama pena bagi Haji Abdul Aziz Tuah.  Dilahirkan pada 17 Mac 1963 di Kampung Saba Darat.  Beliau berkelulusan GCE A Level.

Mula menceburi bidang penulisan cereka pada tahun 1981 melalui Hadiah Nobel (sandiwara radio, 1981) dan cerpen bertajuk “Korban” (siaran radio).  Novel pertama dihasilkan ketika menyertai Peraduan Menulis Novel sempena Awal Tahun 1400 Hijrah (1981) anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei berjudul, Jambot.

Mula menulis cerpen pertamanya dalam tahun 1981 dan kembali menulis dalam tahun 2008 setelah kemarau karya cerpen selama 27 tahun dengan menghasilkan beberapa buah cerpen dan sajak.  Kesemuanya diterbitkan dalam majalah Bahana.

Novel yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei Darussalam ialah novel remaja G.P. (2001), novel remaja “s.i.r!” (2007) dan “Sa.b.a.!” (2010).

Pernah mewakili Negara Brunei Darussalam sebagai peserta Program Penulisan Mastera: Novel pada tahun 2001 di Indonesia dan menghasilkan novel “Sa.b.a!”.

Penerima Hadiah Kreatif Bahana DBP-BSP (kategori Cerpen) pada:

Tahun 2008 dengan cerpen berjudul pe.jam.;

Tahun 2009 dengan cerpen bertajuk pe.rang.

Penerima Hadiah Pertama dalam Peraduan Menulis Cerpen Acara Sampingan Majlis Ilmu 2008 melalui cerpen berjudul pe.jal.

Pada tahun 2015, melalui novel Sa.b.a.!, beliau diangkat sebagai penerima Anugerah Penulis Asia Tenggara oleh Kerajaan Thailand di samping penglibatan beliau dalam bidang penulisan kreatif sastera di Brunei Darussalam.

Bermula tahun 2015, mempelopori penggunaan perkataan yang diceduk daripada Kamus Bahasa Melayu Nusantara terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, Negara Brunei Darussalam dalam karya cerekanya bagi “menyatupadukan, menghormati, mensohorkan kayanya perbendaharaan kata Bahasa Melayi se-Nusantara”.  Pada masa yang sama, pendekatannya ini membolehkan karya cerekanya, dapat dibaca dan dinikmati oleh penduduk Nusantara yang melebihi 250 juta jiwa dibanding dengan Negara Brunei Darussalam yang mempunyai sekitar 0.3 juta orang.

saba-novel-jabit

JaBiT Abdul Aziz. Sa.b.a.! Brunei: Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei, Cetakan Kedua, 2015.

♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦