AHKARIM, nama pena bagi Abdul Halim b A Karim, berasal dari Langgar, Alor Setar, Kedah. Mendapat pendidikan di Sultan Abdul Hamid College, Alor Setar; ijazah BA dari Universiti Malaya pada tahun 1971; ijazah MSc (Organisation Development) dari Sheffield Harlem University (UK) pada 1986.

Berkhidmat dalam Perkhidmatan Tadbir Dan Diplomatik (PTD) di beberapa Jabatan Persekutuan (Kementerian Pelajaran, Perbendaharaan Malaysia, INTAN, Pengarah JPJ Negeri Kedah, dan jawatan terakhir sebagai Pengurus Besar, Lembaga Pelabuhan Johor, sehingga tahun 2001).

Berkecimpung dalam penulisan kreatif dalam genre cerpen dan puisi selepas bersara. Telah menghasilkan sebuah kumpulan cerpen Mou Sumi dan sebuah novel kanak-kanak Sir Khatim terbitan eSastera Enterprise. Beberapa buah cerpen tersiar di pelbagai media dan dalam beberapa antologi bersama. Juga pernah memenangi beberapa sayembara penulisan cerpen dan puisi. Tiga buah novel: Diari Lusuh Seorang PTDTerbang Tinggi, dan Pengakuan Seorang Tablighi (Confessions of a Tablighi) sedang dalam proses penerbitan.

Pada tahun 2016, beliau memenangai anugerah tertinggi dari E-SASTERA, iaitu anugerah Sasterawan Alam Siber (SAS).

mou sumi-small-cover

Ahkarim. Mou Sumi. Kuala Lumpur: eSastera Enterprise, 2009.