Hasimah Harun aktif berpuisi di alam siber melalui portal e-Sastera.com sejak portal itu bermula pada tahun 2002. Tanpa jemu, dia menulis dan mengulas puisi sambil berinteraksi secara “pada talian” dengan rakan-rakan penyair siber lain. Di luar talian, Hasimah aktif dan pandai mendeklamasi puisi. Pelbagai acara telah disertainya, termasuk di Brunei Darussalam dan di Indonesia. Sebagai mengiktiraf penglibatan aktifnya itu, eSastera Enterprise telah menerbitkan kumpulan puisinya berjudul Rumput dan Angin (2011) dan Bunga dan Bayu (2013).

Karya-karya lain yang Hasimah terlibat dengannya sama ada sebagai penyelenggara, penyelenggara bersama, atau penulis bersama, adalah seperti yang berikut:

Kursus Kepenyairan E-Sastera. (Penyelenggara bersama Irwan Abu Bakar).
Antologi puisi APAS.
(Penyelenggara bersama Irwan Abu Bakar).
Antologi sajak jenaka SAJEN.
(Penyelenggara bersama Irwan Abu Bakar).
Novel Hostel: Debaran Kedua. (Penyelenggara bersama Irwan Abu Bakar).
Novel Hostel: Memento Cinta. (Penyelenggara bersama Irwan Abu Bakar).
Bukit Siguntang Mahameru.
(Penulis bersama).
Sensasiber: Antologi Pisi Siber 2011.
(Penulis bersama).
E-loka.
(Penulis bersama).
Ana.
(Penulis bersama).
Bulan Suram Di Langit Kashmir. 
(Penulis bersama).
Kamus Kebalikan Dewan. (Penulis bersama Irwran Abu Bakaar).

Beberapa buah sajak Hasimah telah diterjemahkan dan diterbitkan dalam bahasa Rusia.

Hasimah Harun. Rumput dan Angin. Kuala Lumpur: eSastera Enterprise (2011).