JOHARI BIN HAJI ABD LATIF (Jolatif) terlibat dalam bidang penulisan semenjak 1990. Beliau memerima ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sastera dari Universiti Brunei Darussalam pada tahun 1989. Kemudian melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana di Universiti Kebangsaan Malaysia dan memperolehi Sarjana Pendidikan Sastera (MA in Education) pada tahun 2000 di universiti tersebut.

Beliau memulakan tugas di Sekolah Menengah Berakas pada tahun 1989 sebagai guru mata pelajaran Bahasa dan Kesusasteraan Melayu. Pada tahun 2000, bertugas sebagai pensyarah Bahasa dan Kesusasteraan Melayu di Maktab Duli Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah, Gadong. Kemudian bertugas pula di Pusat Tingkatan Enam, Katok 2009-2011. Bidang pengkhususan beliau ialah Kesusasteraan Melayu. Seterusnya beliau pindah ke Politeknik Brunei pada tahun 2012 sebagai penyelaras Modul Melayu Islam Beraja hingga bersara. Beliau juga terlibat menyumbangkan dalam bidang penulisan rencana kritikan sastera di Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei, di samping menulis sajak. Buku-buku beliau yang terbit:  Kajian dan Ulasan Novel Saga Bagi Pelajar-pelajar Sijil Am Pelajaran Peringkat A dan Enrichment Module Guide Politeknik Brunei.

Sepanjang berkhidmat, beliau penerima anugerah guru special mention Hari Guru pada 29 September 2016, Pingat PIKB 2007, PKL 2018, Pingat Jubli Perak 25 tahun KDYMM Sultan & Yang Di Pertuan NBD 1996, Pingat Perak Koperasi  MIPR BINA 2002.