E-Sastera.Vaganza ASEAN

Medan berkarya bagi Gabungan Komunitas Sastra ASEAN (GAKSA)

#e-Sastera.Vaganza ASEAN: Pengenalan

SasteraVaganza.net (= SasteraVaganza.WordPress.com)
SasteraVaganza.com

NOTA TUKAR NAMA. Mulai Jumaat 25.01.2019, portal ini ditukar nama daripada Sastera.Vaganza ASEAN kepada e-Sastera.Vaganza ASEAN. Harap maklum. -Admin.

Portal Penyiaran Karya Sastera: e-Sastera.Vaganza ASEAN.

Portal ini ialah portal berbilang pengguna (multi-user) untuk menyiarkan (mengepos) karya berbentuk e-sastera (sastera elektronik), dengan mengutamakan karya yang diserati unsur-unsur multimedia seperti animasi, audio, dan video. Pelbagai genre karya boleh disiarkan di sini, dengan genre dipaparkan melalui kemudahan “Kategori” yang disediakan oleh sistem.

Portal ini dapat memaparkan, secara berasingan,  kumpulan karya daripada sesuatu genre dan negara (Kategori) dan kumpulan karya daripada seseorang Pengkarya.

Para peminat sastera Melayu dari semua negara ASEAN dipersilakan menghantar karya masing-masing untuk siaran di sini. (Karya hendaklah karya baharu dan belum pernah disiarkan di mana-mana untuk bacaan umum sebelum ini).

Karya hendaklah dihantar kepada Lembaga Editor untuk dipertimbangkan bagi siaran di portal ini melalui:

(1) emel GaksaAsean@gmail.com; atau

(2) grup WhatsApp e-Sastera.Vaganza ASEAN.*

Portal ini adalah portal penyiaran karya sastera milik Gabungan Komunitas Sastra ASEAN (GAKSA).

Facebook.com. Semua karya yang disiarkan di portal Sastera.Vaganza ASEAN akan dikongsikan di grup Facebook “GAKSA e-Sastera.Vaganza ASEAN“.

-Dr. Irwan Abu Bakar
Admin,
e-Sastera.Vaganza ASEAN.
Kuala Lumpur, 29.11.2018
Dikemaskinikan pada: 27.01.2019 @ 2:43 PM.

*Untuk menyertai grup WhatsApps “Sastera.Vaganza”, sila hantar mesej WhatsApp kepada +60192680086 (Irwan Abu Bakar, Malaysia) atau +6281287619258 (Muhamad Rois, Indonesia).

E-sastera.Vaganza ASEAN

Pemilik

Gabungan Komunitas Sastra ASEAN (GAKSA)

Penerbit

eSastera Enterprise, 2019

%d bloggers like this: